Thursday, October 9, 2014

Sup Tulang Merah Singapura

 
 
SUP TULANG MERAH SINGAPURA
 
 
 
Salam...selamat tengahari. Dah makan ke? Masak apa hari ni? hari ni saya masak simple je..sambal goreng pengantin & ikan kerapu masak asam. Bila pikirkan menu apa nak masak ni kekadang buat kita pening kan...ingat bila kerja je kita akan rasa pening dengan masalah-masalah di pejabat, tapi rupanya jadi suri rumah ni pun pening juga bila nak memikirkan menu apa yang kita nak masak setiap hari..hehe. Adam pula agak cerewet dalam bab makan ni...kalau boleh hari-hari nak mamanya masak yang sedap-sedap. Kalau la lauk tu sedap bagi adam maka tak habis-habis la dia memuji.
 
 
Ok hari ni saya nak share resepi Sup Tulang Merah Singapura. Menu ni dah dua kali saya masak since berhijrah ke sini. Dulu time di Malaysia tak pernah la pula memasaknya...tapi my sis in law pernah masak. Rasanya memang sedap. Untuk daging kita boleh guna daging lembu or kambing. Tapi yang ni saya guna tulang kambing, since duduk di sini memang kambing je la yang kami suka makan. Betul kata en.hubby kalau dah duduk sini kambing lagi sedap dari daging lembu..hahaha.
 
 
Bahan-bahan untuk sekilo daging:
 
Langkah pertama:
  1. Basuhkan tulang dengan tepung gandum..basuh bersih2 bagi menghilangkan bau hanyir.
  2. Rebuskan tulang yang sudah bersih tadi dengan halia & bawang putih yang dikisar halus. Rebus sehingga daging bebetul empuk. semasa merebus masukkan sedikit garam.
Langkah kedua:
 
Kisarkan :
 
3 Ulas bawang merah
5 Ulas bawang putih
1 inci Halia
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
Lada kering ikut suka nak nak banyak mana.
 
Lagi Bahan :
 
3 sudu Rempah Sup
3 sudu gula merah
garam secukup rasa
3 sekawan (Kayu manis, bunga lawang & buah pelaga 
 
Langkah seterusnya:
 
  1. Tumiskan bahan yang dikisar bersama 3 sekawan - Tumis sampai garing.
  2. Setelah garing masukkan rempah sup, gula merah.
  3. Seterusnya masukkan tulang tadi bersama air rebusan dan masak sehingga sekata. taburkan garam mengikut kesusaian rasa.
  4. Setelah siap hidangkan dan taburkan daun bawang bersama bawang goreng.
  5. Tara....jemput makan.
 
***Masakan simple tanpa pewarna merah***
 

 



Tuesday, October 7, 2014

Eid Mubarak

 
 
Salam Eid Mubarak dari kami di bumi padang pasir untuk semua keluarga yang berada di Malaysia. Pertama kami menyambut raya di perantauan memang agak terasa kesedihannya. Insyaallah Raya Aidilfitri next year kami akan sambut di Malaysia.


Maka dengan ini pertama kali juga la aku memasak masakan raya yang biasanya di masak oleh mak aku...kat mesia aku cuma jadi assistant chef je..haha. Alhamdulillah dapat juga aku hidangkan menu special. Belum cuba belum tahu kan...yang penting ada kemahuan insyaallah semua akan jadi. Menu untuk raya haji kali ini aku masak rending daging resepi dari mak, kuah kacang & sup kambing merah spore, ketupat segera & serunding daging memang dah bawak dari mesia. Kawan aku kat sini cakap beriya betul aku masak nak sambut raya..hehe.


So siap je masak pagi2 aku dah hantar jiran depan rumah warga Indon katanya dia memang tak masak apa2 sebab tak berapa pandai nak masak..tak pe apa yang aku masak kita share. tengahari itu kami jemput kawan en.hubby dari Romania...takut gak la kan mereka tak bole nak makan masakan menu mesia ni...tapi surprise diaorg suka la..paling suka makan ketupat, serunding daging dan rendang daging. tetamu yang lain kami ada jemput kawan2 en.hubby Malaysian yang tak pulang beraya. Nak dijadikan cerita jiran depan umah aku ni siap tanya resepi macammana nak buat ketupat tu...hehehe aku pun cakap rebus aja..memang beli dah siap packing..senang kan. Katanya di Indonesia enggak ada gaya gitu. Insyaallah nanti bila pulang ke mesia aku belikan dia.



Menu hari raya kami.

Farewell Cake for Adam's Teachers

 
Assalammualaikum.....salam sejahtera. Lama dah tak berblog. Ye la sejak datang ke sini jarang skali nak berblog sebab my laptop tertinggal di mesia nak pinjam en.hubby punya setiap weekend je la tu pun bila en.hubby balik ke rumah mana nak sempat buka computer aktiviti kami penuh dengan meronda mall di abu dhabi ni...hehe. Di sebabkan sekolah berkomunikasi melalui email dan menyebabkan ada form yang kena print then en.hubby pun belikan aku laptop baru...thanks to en.hubby.
 
Alhamdulillah dah hampir 2 bulan adam bersekolah di sini. So far setakat ni Alhamdulillah adam dapat mengikuti sesi pembelajaran di sini. Adam baru berumur 6 tahun, tapi di sini adam dah masuk kelas years 2 & gred 1. Actually aku pun tak berapa faham sangat tapi katanya mengikut standard sekolah british so aku harap adam dapat memahami sepenuhnya apa yang dipelajari. Setakat ni aku kena sentiasa pantau segala berkenaan pembelajaran adam. balik je sekolah aku akan tanya apa yang adam belajar? ada homework tak hari ni? teacher ok tak hari ni? kekawan ok tak hari ni?...kekadang adam pun dah naik bosan ngan soalan aku....hahaha..tapi yerk la ibu mana tak risau kan tentang pelajaran anaknya.
 
Ada gak aku tanya dengan kekawan yang dah tinggal lama di sini dan mempunyai anak yang bersekolah tentang bagaimana keadaan anak mereka semasa mula2 bersekolah. Rata2 bagi nasihat kat aku jgn terlalu stress...insyaallah anak2 ni dalam masa 3 bulan mereka akan ok, so lega la skit perasaan aku ni. yer la aku ni kat umah memang cakap melayu je...adam ni satu perangai gak..kalau aku cakap mat salleh mula la dia marah, padahal kat tadika dulu memang teacher speaking mat salleh...& murid2 pun kena speaking gak. gitu la adam..yang setia sangat ngan bahasa kebangsaan hahaha.
 
Ok hari ni aku nak show skit pic cake yang aku deco for adam's teacher time farewell kat Sri Kamariah dulu. Anyway thank you very very much for all Sri Kamariah teachers yang telah mengajar adam mengenal a..b..c...z & mengenal numbers 1...100 sampai adam dah tak tau kalau mama dia sebut nombor tu dalam bahasa melayu...hehe.
 
 
 
 
 
 



Sunday, September 7, 2014

Mushrif Mall


Selamat pagi...sihat ke semua? kami di sini alhamdulillah sihat pejam celik dah masuk minggu ke 3 kami menetap di sini. 

ok aktiviti kami pada setiap hujung minggu apa lagi ke mall je la. kalau di malaysia biasanya panggil shopping complex kan...tapi di sini ianya di panggil mall. bermacam-macam mall yang berada di sini. yang paling dekat dengan rumah adalah safeer mall, kecik je tempat shopping nye. ha....nak lagi besar pergi la ke Dalma Mall..mak oiii memang besar la jugak kat dalam tu ada carrefour. 

last week aku n family ke mushrif mall. apa yang best dekat sini adalah konsepnya lebih kepada hidupan laut. nak tengok ikan segar-segar datang la ke sini. time dekat sini sempat la aku shopping baju & seluar adam yang kebetulan butik tu ada buat sale.














Saturday, August 30, 2014

Baklava



Baklava > Arabic Sweets
Manisan berasal daripada timur tengah &Greek yang semakin diminat masyarakat di Malaysia .Resipi Baklava ini adalah resipi antik! sudah ada sejak abad ke 8 lagi… Baklava menjadi hidangan orang kaya-kaya pada zaman dahulu . Kuih ini adalah manisan daripada pelbagai jenis kekacang di lapis dgn dough halus dan sirap manis. Lain negara lain caranya, tapi bahan asasnya adalah Fillo Pastry(macam kulit popia) dan butter manis cair. - sumber dari internet.






Penghijrahan Bermula - Abu Dhabi

Assalammualaikum..selamat petang lama betul saya tidak berblog. ini kerana saya sangat sibuk dengan urusan pindah rumah. setelah en.hubby decide untuk membawa saya dan anakanda kami menetap ke abu dhabi maka rumah kami di pasir gudang akan disewakan. sibuk betul saya dengan urusan perpindahan mana tak nya segala urusan dibuat oleh saya seorang disebabkan en.hubby tidak pulang ke malaysia disebabkan kerja. Alhamdulillah seluruh ahli keluarga memberi pertolongan. terimakasih semua. Segala barang-barang dirumah kami terpaksa kami hantar ke Muar & Kempas.

Pada 23hb Ogos terbanglah kami ke Abu Dhabi dengan penerbangan Etihad jam 3 pagi dari KLIA. Alhamdulillah..kami kini telahpun menjadi sebahagian dari uae residence.

Insyaallah segala suka dan duka sepanjang berada di sini akan saya kongsikan.
Saya mengundur diri dahulu bagi menunaikan solat asar.

Assalammualaikum...salam sayang dari saya di Abu Dhabi.

Thursday, June 19, 2014

Jom Order Serunding Daging & Ayam


Salam semua...........Ramadhan dah nak dekat ni. Sesiapa yang berminat nak order serunding ayam & serunding daging boleh la hubungi saya ye, di talian 013-7223875, whatsapp pun bole.

Keenakan serunding...boleh dimakan dengan nasi yang panas-panas, makan dengan ketupat time raya nanti, boleh dimakan dengan roti dan letak skit mayonaise pasti sedap.



HARGA

SERUNDING DAGING - RM15/100gm
SERUNDING AYAM - RM12/100gm

**Harga adalah tidak termasuk kos penghantaran.**

Tuesday, June 17, 2014

Family Vacation - Cameron Highlands


CAMERON HIGHLANDS!!!!!!!!!!!!!!!!! aku datang lagi. kalau nak tahu saya memang suka sangat kalau dapat ke CH ni. Tempat yang sangat tenang, sejuk....lebih-lebih lagi waktu senja menjelma..damai sangat suasananya, jauh dari pencemaran alam. Rasanya yang ini adalah kali ke 6 saya sampai ke CH. Bezanya kali ini saya drive sendiri membawa my dad, my mom & my love son. Nak kata letih tak juga...sebab saya memang suka drive dari jadi penumpang...huhuhu.

Pada 31 May yang lepas kami sekeluarga menghantar cousin ke majlis perkahwinannya di Behrang, Perak. So sambil menyelam sambil minum air, 1 month before my father cadangkan why not after majlis kita ke CH. Bila lagi kan nak ke sana dengan family. Yang kompom ikut hanya 6 buah kereta saja...3 buah kereta lagi terpaksa pulang ke rumah masing2 disebabkan ada hal yang tidak mengizinkan. Siap je majlis pernikahan dan persandingan around 3.00pm kami pun memulakan perjalanan ke CH melalui jalan Tapah. Best jugak lalu tapah ni, sebab jalan tak ada traffic jem..perjalanan lancar sekali, almaklumlah cuti sekolah ditambah lagi hari sabtu kalau ikut Simpang Pulai kompom jem..sebab bila lalu simpang pulai kena melalui Pekan Brinchang yg mana setiap malam sabtu ada pasar malam.

Awal-awal lagi my sister dah book homestay di Kampung Sedia, Tanah Rata. Satu malam sewanya RM300. Murahkan...actually kalau pergi ngan family yang ramai better ambil homestay dari hotel, sebab homestay ni boleh sumbat ramai2 hehehe maka dengan itu macam sardin jugak lah kami tido...sampai je anjung luar pun ada orang tido....mmg seronok. Kalau duduk hotel mana boleh sumbat ramai2 kompom kena marah..huhuhu. Homestay ni besar jugak....ada 3 bilik tido..dapurnya cukup lengkap. Sapa nak masak memang boleh sangat...periuk, kuali, pinggan mangkuk, dapur masak & owner siap sediakan 2 tong gas lagi for backup jika gas abis.


Homestay in Malaysia Cameron Highlands
Ini lah homestay yang kami duduk. Picture copy from internet.

My Family

i & cousin......adam & cousins

Adam punya favourite....Strawberry Chocolate. I punya
favourite cik bunga la.

On the way turun dari CH kami singgah membeli rebung.
Rebung masak lemak cili padi bersama babat.....sedapppp wooooooo.





Monday, June 16, 2014

Sambal Kacang & Ikan Bilis

Ya Allah peningnya kepala ni.....nak uruskan hal-hal rumah, barang2 dan harta2 peninggalan. Insyaallah 21 Sept ni saya dan anakanda adam haikal akan berangkat ke abu dhabi menemani en.hubby yang bertugas di sana. Rasa sedih hendak meninggal orang2 tersayang di sini sudah terasa...bila malam menjelma melayan hati ni sure air mata meleleh. Allhamdulillah rumah kami telahpun ada penyewa...alhamdulillah orangnya nampak baik dan amanah. semoga kita akan terus baik insyaallah.


Ok lupakan kisah sedih saya ni...di sini saya nak konsikan resepi SAMBAL KACANG IKAN BILIS kegemaran en.hubby. setiap kali hendak pulang ke abu dhabi mesti saya akan masakkan menu ni untuk di bawa pulang. Selain rasanya yang sedap ia juga tahan lama.Duduk di negara orang makanannya tak 

Bahan-bahannya:

untuk dikisar
cili kering
bawang merah
bawah putih

untuk digoreng
kacang tanah(goreng dalam kuali dengan sedikit je minyak)
ikan bilis (goreng sampai garing)
**biarkan sejuk bahan2 yang digoreng ini...tak payah la masuk peti ais.

garam 
gula
asam keping

Cara-caranya:

Tumis bahan yang dikisar sampai garing masukkan gula, garam & asam keping, saya lebih suka manis sedikit. Lps tu tutp api tggu dalam 20 minit. Then Last skali masukkan kacang & ikan bilis, gaul sampai sekata. Taraaaa.....senang kan. Selamat mencuba.








Chiffon Rose

Tara..................ni la hasilnya. buat bunga rose from chiffon material. boleh buat headband for baby girl..brooch..lekat2 kat baju & macam2 lagi.










Tuesday, May 27, 2014

Excited Dapat Kunci

Alhamdulillah SYUKURRRRRR.....syukur tak terkira saya rasa. Terima kasih Ya Allah memakbulkan doa hambamu ini.

Dapat whatsapp dari en.hubby tadi, katanya kunci rumah baru dah pun dapat. Ini bermakna saya & anakanda akan berhijrah ke Abu Dhabi mengikut en.hubby. Kesian kat en.hubby pagi2 lagi dah naik bus dari Ruwais ke ADNOC Abu Dhabi nak menguruskan proses ambil kunci.




Bila kami akan berangkat ke sana? belum tahu lagi. Yang penting segala urusan di Malaysia kena kami settlekan dahulu. Banyak tu properties yang nak diuruskan, dua biji kereta, rumah & barang2 rumah. Insyaallah setelah semua siap, kami akan berangkat ke sana.

****SEMOGA PENGHIJRAHAN INI AKAN DIPERMUDAHKAN****

Sunday, May 25, 2014

Jom ke Pasar Malam

Assalammualaikum......salam sejahtera. Entry kali ini "JOM KE PASAR MALAM".

Actually citer ni last week punya citer...time i kat office tetiba en.hubby call then cakap dia teringin nak ke pasar malam. Urm...pening gak kepala ni mana nak cari pasar malam sekitar area pasir gudang hari rabu. After survey kat kekawan office ada satu pasar malam area Plentong kira dekat juga la dengan rumah. Balik je kerja ambil en.hubby & anakanda, terus ke tempat yang dituju. Lama dah kami tak ke pasar malam...sesekali pergi memang seronok.

En.Hubby & Anakanda berjalan mencari apa yang
mahu dibeli.
Macam-macam ada.
Macam-macam ada yer.
Anakanda kami nak beli air...
Urm....sedapnya gulai kawah.


Inilah hasilnya........penuh tanya saya & en.hubby.


Tuesday, May 20, 2014

Jom Makan di Senibong

Tempat makan menarik di Johor Bahru....

Bila nak makan je mesti pening sebab susah nak decide hehehe...at first i & En. Hubby plan nak bawak anakanda kami makan di Tanjung Langsat, akan tetapi last minute i pulak yang bertukar plan nak makan di Senibong. Sebab apa saya suka ke sini..sebab view waktu senja di situ boleh la dikatakan cantik.

Anjung Senibong Senibong ni kalau nak tahu di area Permas, berdekatan AEON (nama lama JUSCO). Bila dah sampai je sini boleh la pilih mana-mana kedai yang anda suka. Bisanya saya pilih gerai no 1 & 2. Harga!!!!....aduh tekejut saya sebentar bila melihat harga2 ikan, sotong, ketam & others..haiyoooo mahal lorrr. Mahal pun mahal la asal sedap. Tapi tidak la semahal makanan di Abu Dhabi kan..kan..en. hubby. Sebab apa harganya mahal..i rasa maybe ramai dari negara jiran pun suka makan di sini, so peniaga mula la mencari peluang menaikkan harga dengan susuka hati. 



Saya sedang menikmati keindahan senja yang tidak terkata
keindahan ciptaan Allah S.W.T
En. Hubby & Anakanda 
Pemandangan dari lorong masuk, boleh pilih mana
satu gerai yang anda suka.


Memandangan yang boleh dinikmati
semasa menjamu selera.
Pemandangan dari tempat gerai makan,
yang nun sana tu Singapura. Nampak macam dekat je
tapi AWAS yer tak boleh berenang ke sana.

Nasi Goreng USA


Menu pilihan.
Ketam Alaska....tgk harga dulu sebelum menempahnya yer.
Pilih mana ikan yang kamu suka.