Tuesday, May 20, 2014

Jom Makan di Senibong

Tempat makan menarik di Johor Bahru....

Bila nak makan je mesti pening sebab susah nak decide hehehe...at first i & En. Hubby plan nak bawak anakanda kami makan di Tanjung Langsat, akan tetapi last minute i pulak yang bertukar plan nak makan di Senibong. Sebab apa saya suka ke sini..sebab view waktu senja di situ boleh la dikatakan cantik.

Anjung Senibong Senibong ni kalau nak tahu di area Permas, berdekatan AEON (nama lama JUSCO). Bila dah sampai je sini boleh la pilih mana-mana kedai yang anda suka. Bisanya saya pilih gerai no 1 & 2. Harga!!!!....aduh tekejut saya sebentar bila melihat harga2 ikan, sotong, ketam & others..haiyoooo mahal lorrr. Mahal pun mahal la asal sedap. Tapi tidak la semahal makanan di Abu Dhabi kan..kan..en. hubby. Sebab apa harganya mahal..i rasa maybe ramai dari negara jiran pun suka makan di sini, so peniaga mula la mencari peluang menaikkan harga dengan susuka hati. 



Saya sedang menikmati keindahan senja yang tidak terkata
keindahan ciptaan Allah S.W.T
En. Hubby & Anakanda 
Pemandangan dari lorong masuk, boleh pilih mana
satu gerai yang anda suka.


Memandangan yang boleh dinikmati
semasa menjamu selera.
Pemandangan dari tempat gerai makan,
yang nun sana tu Singapura. Nampak macam dekat je
tapi AWAS yer tak boleh berenang ke sana.

Nasi Goreng USA


Menu pilihan.
Ketam Alaska....tgk harga dulu sebelum menempahnya yer.
Pilih mana ikan yang kamu suka.



No comments:

Post a Comment