Selamat tengahari....dah makan ke kawan-kawan? Hari ni saya makan roti aje....bukannya diet tapi terasa kenyang pula sebab pagi tadi saya bawak bekalan mee goreng. Alhamdulillah, dapat masak sendiri untuk sarapan pagi ini, so ada rezeki lebih boleh la berkongsi sarapan dengan kawan-kawan.
Ok...actually saya nak cerita aktiviti hujung minggu yang lepas. Memandangkan saya & adam tiada kemana-mana dan tak tahu apa hendak dibuat so...saya pun cari la idea apa yang patut dibuat. Kata orang tak der kerja...cari kerja. Tetiba teringat yang projek tahun lepas tak siap-siap lagi..adusss Suhana..apa nak jadi.hehehe. Cari punya cari jumpa kain langsir yang telah lama di beli tapi tak sempat di jahit.
Maka dengan itu haruslah saya menyiapkan nya. Kain langsir ni bukanlah untuk satu rumah...tapi hanya untuk master bedroom saja. Berbekalkan mesin jahit SINGER yang E. Hubby hadiakan sempena my birthday 4 tahun yang lepas, maka siaplah langsir yang berwarna jingga...:) Sebenarnya hati ni berkobar-kobar juga nak menyiapkan langsir ini, yer la..En.Hubby nak balik kan next week....so kalau En. Hubby masuk je bilik nampak langsir ni mesti dia suka.
No comments:
Post a Comment