Saturday, August 30, 2014

Penghijrahan Bermula - Abu Dhabi

Assalammualaikum..selamat petang lama betul saya tidak berblog. ini kerana saya sangat sibuk dengan urusan pindah rumah. setelah en.hubby decide untuk membawa saya dan anakanda kami menetap ke abu dhabi maka rumah kami di pasir gudang akan disewakan. sibuk betul saya dengan urusan perpindahan mana tak nya segala urusan dibuat oleh saya seorang disebabkan en.hubby tidak pulang ke malaysia disebabkan kerja. Alhamdulillah seluruh ahli keluarga memberi pertolongan. terimakasih semua. Segala barang-barang dirumah kami terpaksa kami hantar ke Muar & Kempas.

Pada 23hb Ogos terbanglah kami ke Abu Dhabi dengan penerbangan Etihad jam 3 pagi dari KLIA. Alhamdulillah..kami kini telahpun menjadi sebahagian dari uae residence.

Insyaallah segala suka dan duka sepanjang berada di sini akan saya kongsikan.
Saya mengundur diri dahulu bagi menunaikan solat asar.

Assalammualaikum...salam sayang dari saya di Abu Dhabi.

No comments:

Post a Comment