SUP TULANG MERAH SINGAPURA
Salam...selamat tengahari. Dah makan ke? Masak apa hari ni? hari ni saya masak simple je..sambal goreng pengantin & ikan kerapu masak asam. Bila pikirkan menu apa nak masak ni kekadang buat kita pening kan...ingat bila kerja je kita akan rasa pening dengan masalah-masalah di pejabat, tapi rupanya jadi suri rumah ni pun pening juga bila nak memikirkan menu apa yang kita nak masak setiap hari..hehe. Adam pula agak cerewet dalam bab makan ni...kalau boleh hari-hari nak mamanya masak yang sedap-sedap. Kalau la lauk tu sedap bagi adam maka tak habis-habis la dia memuji.
Ok hari ni saya nak share resepi Sup Tulang Merah Singapura. Menu ni dah dua kali saya masak since berhijrah ke sini. Dulu time di Malaysia tak pernah la pula memasaknya...tapi my sis in law pernah masak. Rasanya memang sedap. Untuk daging kita boleh guna daging lembu or kambing. Tapi yang ni saya guna tulang kambing, since duduk di sini memang kambing je la yang kami suka makan. Betul kata en.hubby kalau dah duduk sini kambing lagi sedap dari daging lembu..hahaha.
Bahan-bahan untuk sekilo daging:
Langkah pertama:
- Basuhkan tulang dengan tepung gandum..basuh bersih2 bagi menghilangkan bau hanyir.
- Rebuskan tulang yang sudah bersih tadi dengan halia & bawang putih yang dikisar halus. Rebus sehingga daging bebetul empuk. semasa merebus masukkan sedikit garam.
Langkah kedua:
Kisarkan :
3 Ulas bawang merah
5 Ulas bawang putih
1 inci Halia
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
Lada kering ikut suka nak nak banyak mana.
Lagi Bahan :
3 sudu Rempah Sup
3 sudu gula merah
garam secukup rasa
3 sekawan (Kayu manis, bunga lawang & buah pelaga
Langkah seterusnya:
- Tumiskan bahan yang dikisar bersama 3 sekawan - Tumis sampai garing.
- Setelah garing masukkan rempah sup, gula merah.
- Seterusnya masukkan tulang tadi bersama air rebusan dan masak sehingga sekata. taburkan garam mengikut kesusaian rasa.
- Setelah siap hidangkan dan taburkan daun bawang bersama bawang goreng.
- Tara....jemput makan.
***Masakan simple tanpa pewarna merah***
No comments:
Post a Comment