Tuesday, October 7, 2014

Farewell Cake for Adam's Teachers

 
Assalammualaikum.....salam sejahtera. Lama dah tak berblog. Ye la sejak datang ke sini jarang skali nak berblog sebab my laptop tertinggal di mesia nak pinjam en.hubby punya setiap weekend je la tu pun bila en.hubby balik ke rumah mana nak sempat buka computer aktiviti kami penuh dengan meronda mall di abu dhabi ni...hehe. Di sebabkan sekolah berkomunikasi melalui email dan menyebabkan ada form yang kena print then en.hubby pun belikan aku laptop baru...thanks to en.hubby.
 
Alhamdulillah dah hampir 2 bulan adam bersekolah di sini. So far setakat ni Alhamdulillah adam dapat mengikuti sesi pembelajaran di sini. Adam baru berumur 6 tahun, tapi di sini adam dah masuk kelas years 2 & gred 1. Actually aku pun tak berapa faham sangat tapi katanya mengikut standard sekolah british so aku harap adam dapat memahami sepenuhnya apa yang dipelajari. Setakat ni aku kena sentiasa pantau segala berkenaan pembelajaran adam. balik je sekolah aku akan tanya apa yang adam belajar? ada homework tak hari ni? teacher ok tak hari ni? kekawan ok tak hari ni?...kekadang adam pun dah naik bosan ngan soalan aku....hahaha..tapi yerk la ibu mana tak risau kan tentang pelajaran anaknya.
 
Ada gak aku tanya dengan kekawan yang dah tinggal lama di sini dan mempunyai anak yang bersekolah tentang bagaimana keadaan anak mereka semasa mula2 bersekolah. Rata2 bagi nasihat kat aku jgn terlalu stress...insyaallah anak2 ni dalam masa 3 bulan mereka akan ok, so lega la skit perasaan aku ni. yer la aku ni kat umah memang cakap melayu je...adam ni satu perangai gak..kalau aku cakap mat salleh mula la dia marah, padahal kat tadika dulu memang teacher speaking mat salleh...& murid2 pun kena speaking gak. gitu la adam..yang setia sangat ngan bahasa kebangsaan hahaha.
 
Ok hari ni aku nak show skit pic cake yang aku deco for adam's teacher time farewell kat Sri Kamariah dulu. Anyway thank you very very much for all Sri Kamariah teachers yang telah mengajar adam mengenal a..b..c...z & mengenal numbers 1...100 sampai adam dah tak tau kalau mama dia sebut nombor tu dalam bahasa melayu...hehe.
 
 
 
 
 
 



No comments:

Post a Comment