Thursday, October 9, 2014

Sup Tulang Merah Singapura

 
 
SUP TULANG MERAH SINGAPURA
 
 
 
Salam...selamat tengahari. Dah makan ke? Masak apa hari ni? hari ni saya masak simple je..sambal goreng pengantin & ikan kerapu masak asam. Bila pikirkan menu apa nak masak ni kekadang buat kita pening kan...ingat bila kerja je kita akan rasa pening dengan masalah-masalah di pejabat, tapi rupanya jadi suri rumah ni pun pening juga bila nak memikirkan menu apa yang kita nak masak setiap hari..hehe. Adam pula agak cerewet dalam bab makan ni...kalau boleh hari-hari nak mamanya masak yang sedap-sedap. Kalau la lauk tu sedap bagi adam maka tak habis-habis la dia memuji.
 
 
Ok hari ni saya nak share resepi Sup Tulang Merah Singapura. Menu ni dah dua kali saya masak since berhijrah ke sini. Dulu time di Malaysia tak pernah la pula memasaknya...tapi my sis in law pernah masak. Rasanya memang sedap. Untuk daging kita boleh guna daging lembu or kambing. Tapi yang ni saya guna tulang kambing, since duduk di sini memang kambing je la yang kami suka makan. Betul kata en.hubby kalau dah duduk sini kambing lagi sedap dari daging lembu..hahaha.
 
 
Bahan-bahan untuk sekilo daging:
 
Langkah pertama:
  1. Basuhkan tulang dengan tepung gandum..basuh bersih2 bagi menghilangkan bau hanyir.
  2. Rebuskan tulang yang sudah bersih tadi dengan halia & bawang putih yang dikisar halus. Rebus sehingga daging bebetul empuk. semasa merebus masukkan sedikit garam.
Langkah kedua:
 
Kisarkan :
 
3 Ulas bawang merah
5 Ulas bawang putih
1 inci Halia
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
Lada kering ikut suka nak nak banyak mana.
 
Lagi Bahan :
 
3 sudu Rempah Sup
3 sudu gula merah
garam secukup rasa
3 sekawan (Kayu manis, bunga lawang & buah pelaga 
 
Langkah seterusnya:
 
  1. Tumiskan bahan yang dikisar bersama 3 sekawan - Tumis sampai garing.
  2. Setelah garing masukkan rempah sup, gula merah.
  3. Seterusnya masukkan tulang tadi bersama air rebusan dan masak sehingga sekata. taburkan garam mengikut kesusaian rasa.
  4. Setelah siap hidangkan dan taburkan daun bawang bersama bawang goreng.
  5. Tara....jemput makan.
 
***Masakan simple tanpa pewarna merah***
 

 



Tuesday, October 7, 2014

Eid Mubarak

 
 
Salam Eid Mubarak dari kami di bumi padang pasir untuk semua keluarga yang berada di Malaysia. Pertama kami menyambut raya di perantauan memang agak terasa kesedihannya. Insyaallah Raya Aidilfitri next year kami akan sambut di Malaysia.


Maka dengan ini pertama kali juga la aku memasak masakan raya yang biasanya di masak oleh mak aku...kat mesia aku cuma jadi assistant chef je..haha. Alhamdulillah dapat juga aku hidangkan menu special. Belum cuba belum tahu kan...yang penting ada kemahuan insyaallah semua akan jadi. Menu untuk raya haji kali ini aku masak rending daging resepi dari mak, kuah kacang & sup kambing merah spore, ketupat segera & serunding daging memang dah bawak dari mesia. Kawan aku kat sini cakap beriya betul aku masak nak sambut raya..hehe.


So siap je masak pagi2 aku dah hantar jiran depan rumah warga Indon katanya dia memang tak masak apa2 sebab tak berapa pandai nak masak..tak pe apa yang aku masak kita share. tengahari itu kami jemput kawan en.hubby dari Romania...takut gak la kan mereka tak bole nak makan masakan menu mesia ni...tapi surprise diaorg suka la..paling suka makan ketupat, serunding daging dan rendang daging. tetamu yang lain kami ada jemput kawan2 en.hubby Malaysian yang tak pulang beraya. Nak dijadikan cerita jiran depan umah aku ni siap tanya resepi macammana nak buat ketupat tu...hehehe aku pun cakap rebus aja..memang beli dah siap packing..senang kan. Katanya di Indonesia enggak ada gaya gitu. Insyaallah nanti bila pulang ke mesia aku belikan dia.



Menu hari raya kami.

Farewell Cake for Adam's Teachers

 
Assalammualaikum.....salam sejahtera. Lama dah tak berblog. Ye la sejak datang ke sini jarang skali nak berblog sebab my laptop tertinggal di mesia nak pinjam en.hubby punya setiap weekend je la tu pun bila en.hubby balik ke rumah mana nak sempat buka computer aktiviti kami penuh dengan meronda mall di abu dhabi ni...hehe. Di sebabkan sekolah berkomunikasi melalui email dan menyebabkan ada form yang kena print then en.hubby pun belikan aku laptop baru...thanks to en.hubby.
 
Alhamdulillah dah hampir 2 bulan adam bersekolah di sini. So far setakat ni Alhamdulillah adam dapat mengikuti sesi pembelajaran di sini. Adam baru berumur 6 tahun, tapi di sini adam dah masuk kelas years 2 & gred 1. Actually aku pun tak berapa faham sangat tapi katanya mengikut standard sekolah british so aku harap adam dapat memahami sepenuhnya apa yang dipelajari. Setakat ni aku kena sentiasa pantau segala berkenaan pembelajaran adam. balik je sekolah aku akan tanya apa yang adam belajar? ada homework tak hari ni? teacher ok tak hari ni? kekawan ok tak hari ni?...kekadang adam pun dah naik bosan ngan soalan aku....hahaha..tapi yerk la ibu mana tak risau kan tentang pelajaran anaknya.
 
Ada gak aku tanya dengan kekawan yang dah tinggal lama di sini dan mempunyai anak yang bersekolah tentang bagaimana keadaan anak mereka semasa mula2 bersekolah. Rata2 bagi nasihat kat aku jgn terlalu stress...insyaallah anak2 ni dalam masa 3 bulan mereka akan ok, so lega la skit perasaan aku ni. yer la aku ni kat umah memang cakap melayu je...adam ni satu perangai gak..kalau aku cakap mat salleh mula la dia marah, padahal kat tadika dulu memang teacher speaking mat salleh...& murid2 pun kena speaking gak. gitu la adam..yang setia sangat ngan bahasa kebangsaan hahaha.
 
Ok hari ni aku nak show skit pic cake yang aku deco for adam's teacher time farewell kat Sri Kamariah dulu. Anyway thank you very very much for all Sri Kamariah teachers yang telah mengajar adam mengenal a..b..c...z & mengenal numbers 1...100 sampai adam dah tak tau kalau mama dia sebut nombor tu dalam bahasa melayu...hehe.