Tuesday, May 27, 2014

Excited Dapat Kunci

Alhamdulillah SYUKURRRRRR.....syukur tak terkira saya rasa. Terima kasih Ya Allah memakbulkan doa hambamu ini.

Dapat whatsapp dari en.hubby tadi, katanya kunci rumah baru dah pun dapat. Ini bermakna saya & anakanda akan berhijrah ke Abu Dhabi mengikut en.hubby. Kesian kat en.hubby pagi2 lagi dah naik bus dari Ruwais ke ADNOC Abu Dhabi nak menguruskan proses ambil kunci.




Bila kami akan berangkat ke sana? belum tahu lagi. Yang penting segala urusan di Malaysia kena kami settlekan dahulu. Banyak tu properties yang nak diuruskan, dua biji kereta, rumah & barang2 rumah. Insyaallah setelah semua siap, kami akan berangkat ke sana.

****SEMOGA PENGHIJRAHAN INI AKAN DIPERMUDAHKAN****

Sunday, May 25, 2014

Jom ke Pasar Malam

Assalammualaikum......salam sejahtera. Entry kali ini "JOM KE PASAR MALAM".

Actually citer ni last week punya citer...time i kat office tetiba en.hubby call then cakap dia teringin nak ke pasar malam. Urm...pening gak kepala ni mana nak cari pasar malam sekitar area pasir gudang hari rabu. After survey kat kekawan office ada satu pasar malam area Plentong kira dekat juga la dengan rumah. Balik je kerja ambil en.hubby & anakanda, terus ke tempat yang dituju. Lama dah kami tak ke pasar malam...sesekali pergi memang seronok.

En.Hubby & Anakanda berjalan mencari apa yang
mahu dibeli.
Macam-macam ada.
Macam-macam ada yer.
Anakanda kami nak beli air...
Urm....sedapnya gulai kawah.


Inilah hasilnya........penuh tanya saya & en.hubby.


Tuesday, May 20, 2014

Jom Makan di Senibong

Tempat makan menarik di Johor Bahru....

Bila nak makan je mesti pening sebab susah nak decide hehehe...at first i & En. Hubby plan nak bawak anakanda kami makan di Tanjung Langsat, akan tetapi last minute i pulak yang bertukar plan nak makan di Senibong. Sebab apa saya suka ke sini..sebab view waktu senja di situ boleh la dikatakan cantik.

Anjung Senibong Senibong ni kalau nak tahu di area Permas, berdekatan AEON (nama lama JUSCO). Bila dah sampai je sini boleh la pilih mana-mana kedai yang anda suka. Bisanya saya pilih gerai no 1 & 2. Harga!!!!....aduh tekejut saya sebentar bila melihat harga2 ikan, sotong, ketam & others..haiyoooo mahal lorrr. Mahal pun mahal la asal sedap. Tapi tidak la semahal makanan di Abu Dhabi kan..kan..en. hubby. Sebab apa harganya mahal..i rasa maybe ramai dari negara jiran pun suka makan di sini, so peniaga mula la mencari peluang menaikkan harga dengan susuka hati. 



Saya sedang menikmati keindahan senja yang tidak terkata
keindahan ciptaan Allah S.W.T
En. Hubby & Anakanda 
Pemandangan dari lorong masuk, boleh pilih mana
satu gerai yang anda suka.


Memandangan yang boleh dinikmati
semasa menjamu selera.
Pemandangan dari tempat gerai makan,
yang nun sana tu Singapura. Nampak macam dekat je
tapi AWAS yer tak boleh berenang ke sana.

Nasi Goreng USA


Menu pilihan.
Ketam Alaska....tgk harga dulu sebelum menempahnya yer.
Pilih mana ikan yang kamu suka.



Wednesday, May 14, 2014

Gulai Asam Pedas Bonda

Assalammualaikum, salam sejahtera......semoga sesiapa yang membaca entry ni berada dalam keadaan sihat dan di redhai Allah SWT. Ok...nampak tak tajuk entry saya kali ni...hehehe saya nak bagi resepi tau. Sepanjang my hubby bercuti balik ke mesia kena lah saya selalu masakkan untuk dia. Duduk di negara orang of coz la my hubby rindu kat masakan air tangan isterinye ni. Jika dulu sebelum duduk di negara orang En.Hubby suka sangat masakan asam pedas tulang rusuk lembu. Urmmmm.....saya pun suka. Tapi sekarang ni katanya dah tak lalu nak makan daging lembu...kalau nak makan daging hanya daging kambing jer...eleh..eksennn lebih kan dia.

So  balik je saya dari kerja terus saya masuk ke dapur, keluarkan ikan yang ada di dalam freeze. Kebetulan memang dah standby awal2 beli bahan2 mentah khas untuk En. Hubby. Prepare awal bagus nanti tak der la hari2 nak ke pasar. Kali ni saya masak asam pedas ikan pari. Kenapa namanya GULAI ASAM PEDAS BONDA....sebab resepi ni diturunkan oleh bonda saya kepada saya. Ayah cakap rasa masakan saya hampir sama dengan mak. Mestilah sama, dari kecik tau i dah blaja masak ngan mak. Terima kasih bondaku sebab selalu aja menyuruh aku ke dapur time kecik dulu...kalau tidak mesti anakmu ini tidak reti memasak. 

Teringat zaman kecik2 dulu, selalu je muka saya ni yang kena ke dapur almaklumlah cucu perempuan pertama & anak perempuan pertama...ada tu sampai nangis2 tau i kat dapur. Nak lagi bila pulang ke kampung...baru je duduk nak tengok tv aunt2 kat dapur dah terjerit2 Anaaaaaaaaaaaaaaa.......sini masuk dapur basuh pinggan...hahaha kekadang tu geram jugak. Tapi itu zaman dulu la...time i kecik2, zaman yang amat i rindu & tidak mungkin kembali.                                                                                               

Panjang lebar la pulak intronya yer...come lets to the post tittle, i teach you how to cook Asam Pedas. Bahan utama adalah ikan, ayam atau daging, untuk kali ini saya masak ikan pari.


Ikan Pari yang telah di basuh dan direndam dengan air asam jawa bagi
menghilangkan bau hanyir.

Bahan- bahan untuk di kisar, bawang besar, bawah putih, halia, kunyit,
lada kering & sedikit belacan.
Daun kesom. Mengikut kesukaan masing-masing.
I like daun kesom so normally i letak banyak. 
Air Asam Jawa.
Tumiskan bahan2 yg telah dikisar tadi sehingga garing, masukkan daun kesom
diikuti dengan ikan dan air asam. Masukkan garam & sedikit bahan perasa.
Sure keadaan dapur akan jadi macam ni....percikan lada.
Kena hati-hati sedikit time ke..kalau percikan kena kulit sure melaung...hehehe
Taraaaaa....inilah rupanya Asam Pedas Ikan Pari yang telah siap.
Makan bersama telur dadar & sambal hitam pahang...urmmm
sure terangkat.


~~~~~~SELAMAT MENCUBA~~~~~~

Monday, May 12, 2014

Family Vacation - Trip to Port Dickson

~ Story Part 2 ~

Yahooo....family vacation for family plak, yang paling suka siapa lagi our son la Adam Haikal. I pun suka gak sebab dah lama berangan nak tgk sunset ngan en.hubby. Actually plan ni dah dibuat sebulan yang lalu. So, boleh di katakan setiap hari adam akan tanya, lagi berapa hari papa nak balik...tak sabar dia nak duduk hotel, aduhai...dulu i kecik2 sama la gak macam tu..hehe. Sekembalinya i & my hubby from KL keesokkan harinya kami pun membawa anakanda kami ke Port Dickson. Dari JB kami gerak around jam 10.00am.

Last minute my elder sister family also plan to see me at PD..yahoooo. Tapi diaorang tak tido sana. Tak per dapat jumpa kejap pun ok...dapat le i jumpa my anak2 buah yang comel 2 orang tu Anna Safiya & Aidil. Di PD kami menginap di Corus Hotel & Resort. Actually tujuan utama my sis nak ke PD adalah untuk menyerahkan tempahan SAMBAL HITAM PAHANG yang di order oleh my hubby...so bila sampai je hotel i pun terus le letak sambal itam tu dalam chiller......tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii bila kami check-out kami tak ingat langsung akan menda alah tu...so tertinggal la nampak gayanya 5 boxes sambal itam..uwaaaaa. Pihak hotel pun tak memberi kerjasama puas kami call pihak hotel dengan harapan diaorg dapat courier ke kami......tapi jawapan yang kami dapat diaorang akan check & call back, seharian tunggu no feedback At last my hubby cakap udah la..tak pa .. tak der rezeki.


Keindahan Sunset di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson.

Adam & Aidil seronok main air.

Aidil dengan gaya Ultraman Taro & Abg Adam dengan gaya bebas.



My sister Elly & Anna Safiya. Subhanallah..very beautiful sunset.

When My Hero Back to Malaysia for 2nd Time

~Story Part 1~

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah, masih berkesempatan lagi saya menulis. Entry kali ini mengenai En. Hubby balik ke Malaysia untuk kali ke-2. Actually sebulan yang lalu bila my hubby cakap je nak balik i pun buat la planning nak pergi jalan2 di KL. So bila my planning di persetujui oleh en. hubby apa lagi berbunga2 la hati ni. Tapikan i punya planning ni tak melibatkan budak comel tu yer...hehehe kira mama & papa nak pi honeymoon la..sory tau Adam. Bila adam dah besar baca entry ni sure sakit hati...hehehe.

Persediaan honeymoon package 2D1N dah pun di buat awal2 lagi...sebulan awalnya. After discuss with my hubby..dia pun agree to overnight hotel area KL..so i pun book la Quality Hotel..nak pergi shopping pun senang..jalan kaki je ke Jalan TAR & Masjid India. At first i plan dari jb to kl just nak naik bus je..dan dari KL to KLIA naik train, mula2 to ok la...tapi last minute 3 days from the date i tukar plan suruh en.hubby belikan ticket flight to KLIA. Rasa macam seram pulak nak ke sana sorang-sorang. So last book dapat la flight dari jb jam 8.50am & sampai KLIA lebih kurang 9.40am. My hubby punya flight from Abu Dhabi arrive on 2pm...punya la lama kan dok menunggu sorang2 di KLIA.

Bila nampak je kat screen yang flight my hubby dah landing so i pun siap2 le pergi ke International Arrival Hall...dalam hati ni dapdup..dapdup berdebar-debar nak jumpa my hubby almaklumlah dah 3 bulan tak jumpa...hehehe. Bila nampak je my hubby waaaaaa.....rasa macam nak nangis...alhamdulillah Allah panjang umur kami untuk berjumpa untuk sekian kali. I pun peluk la my hubby puas2 hehehe tak kira la orang tengok ke tak...hahaha.

After that kami pun menaiki train KLIA Express direct ke KL sentral...dari kl sentral menuju ke hotel kami naik teksi. Tapi alangkah malangnya nasib kami, teksi yang kami naiki tidak dapat berhenti bebetul di depan hotel kerana hari tu bersamaan 1 May 2014 ada perhimpunan GST so banyak jalan ditutup. Berjalanlah kami dengan luggage masing2 sejauh 1 km menuju ke hotel. Patah kaki i tauuuuu aduhhhh...ingat nak jalan2 & shopping sakan, semua plan terpaksa di batalkan di sebabkan kaki i ni dah berdenyut2. So just turun makan malam dan esoknya after bfast sempat ke jakel yang terdekat untuk nyopping baju raya itu pun pulang ke hotel naik teksi....walaupun dekatnya kata orang sekangkang kera. Harga tambang sekangkang kera tu dari jakel ke Quality Hotel RM17....demi isteri tercinta, my hubby pasrah membayarnya.

















Thursday, May 8, 2014

DIY Langsir

Selamat tengahari....dah makan ke kawan-kawan? Hari ni saya makan roti aje....bukannya diet tapi terasa kenyang pula sebab pagi tadi saya bawak bekalan mee goreng. Alhamdulillah, dapat masak sendiri untuk sarapan pagi ini, so ada rezeki lebih boleh la berkongsi sarapan dengan kawan-kawan.

Ok...actually saya nak cerita aktiviti hujung minggu yang lepas. Memandangkan saya & adam tiada kemana-mana dan tak tahu apa hendak dibuat so...saya pun cari la idea apa yang patut dibuat. Kata orang tak der kerja...cari kerja. Tetiba teringat yang projek tahun lepas tak siap-siap lagi..adusss Suhana..apa nak jadi.hehehe. Cari punya cari jumpa kain langsir yang telah lama di beli tapi tak sempat di jahit.

Maka dengan itu haruslah saya menyiapkan nya. Kain langsir ni bukanlah untuk satu rumah...tapi hanya untuk master bedroom saja. Berbekalkan mesin jahit SINGER yang E. Hubby hadiakan sempena my birthday 4 tahun yang lepas, maka siaplah langsir yang berwarna jingga...:) Sebenarnya hati ni berkobar-kobar juga nak menyiapkan langsir ini, yer la..En.Hubby nak balik kan next week....so kalau En. Hubby masuk je bilik nampak langsir ni mesti dia suka.