Bagi yang tak suka ke shopping complex saya cadangkan boleh la ke area Diera. Saya suka pergi sini, tapi anakanda Adam tak berapa suka..biasa la budak kan suka tempat yang ada aircond je. Dekat sini kita boleh beli kurma, kekacang, abaya, perfume, jubah untuk lelaki, saffron, manisan, cenderahati dan macam-macam lagi la.
Siapa yang nak beli abaya, di sini terlalu banyak pilihan. Harganya pula bermula dari yang murah sampai la mahal beribu pun ada. Ok kalau nak membeli belah di sini kena pandai tawar menawar dengan penjual. Dekat sini kita boleh dapat abaya dengan harga aed70 pun ada tapi bergantung juga pada design dan material. Selalunya saya takkan pilih yang itu sebab design nye saya tak berapa berkenan dan kainnya pula kebanyakkan jenis lycra. Banyak sangat kedai abaya memang rambang jadinya siapa yang bertuah mesti boleh jumpa kedai abaya yang menawarkan harga yang murah dengan design yang cantik.
Anakanda Adam pula kalau ke sini satu je yang dia suka, iaitu naik bot ke old Diera. Dengan bayaran AED1 kita boleh menggunakan perkhidmatan bot yang disediakan untuk ke seberang, kanak-kanak pula percuma. Murah kan tambangnya. Sangat-sangat cantik permandangan semasa menaiki bot ke kota lama Diera, tapikan tu kalau pergi musim sejuk la...kalau jalan-jalan musim panas huh berpeluh la.
Bagi yang datang sini dengan niat nak borong fabric memang ini lah tempatnya, di old Diera. Segala jenis fabric ada kat sini. Geram juga saya tengok kain lace yang cantik-cantik teringin juga nak beli tapi bila pikirkan bila masa pula nak memakainya maka hajat nak beli tu saya pendamkan dulu. Jual beli fabric di sini adalah secara pukal dan yang nak beli sikit-sikit tu diaorang akan jual dalam yard (ela) kalau kat Malaysia normally meter kan...so kalau tak silap untuk selai baju kurung kita kena beli dalam 4.5 yard.
Sesiapa yang berhajat nak datang melawat Dubai jangan lupa tau melawat area Diera ni. Bye jumpa lagi dengan cerita yang lain pula.
As slm sis. Anak sis sekolah apa? Sy tgh survey sbb insylh hubby dpt kerja di sana. Sis stay area mn?
ReplyDeleteWsalam..alhamdulillah selamat datang ke uae. Ok..cntc w.app saya yer 0137223875
ReplyDeletePuan. Masih di Dubai ke?
DeleteSalam. Boleh cadangan hotel yg reasonable price dn service ok. Tx
ReplyDeleteSalam. Boleh cadangan hotel yg reasonable price dn service ok. Tx
ReplyDeleteSalam. Boleh cadangan hotel yg reasonable price dn service ok. Tx
ReplyDeletesalam ziarah cik kak.,
ReplyDeletedh 3 tahun x updet blog nih