Wednesday, February 18, 2015

Jom Shopping di Diera, Dubai

Hye...ok entry kali ni saya nak citer tempat shopping yang best di Dubai. Dubaiiii....dengar je Dubai mesti dalam kepala otak ni dah dok terbayang best nye shopping kat Dubai..kota shopping. Tapi kalau yang berduit banyak tu memang giler la shopping..segala jenama ada di kota Dubai. Shopping mall kat sini pula memang sangat la besar kalau jalan tu memang lenguh la kaki. Kami dah dua kali ke Dubai Mall tu pun still lagi tak boleh habis round satu mall.

Bagi yang tak suka ke shopping complex saya cadangkan boleh la ke area Diera. Saya suka pergi sini, tapi anakanda Adam tak berapa suka..biasa la budak kan suka tempat yang ada aircond je. Dekat sini kita boleh beli kurma, kekacang, abaya, perfume, jubah untuk lelaki, saffron, manisan, cenderahati dan macam-macam lagi la.



Siapa yang nak beli abaya, di sini terlalu banyak pilihan. Harganya pula bermula dari yang murah sampai la mahal beribu pun ada. Ok kalau nak membeli belah di sini kena pandai tawar menawar dengan penjual. Dekat sini kita boleh dapat abaya dengan harga aed70 pun ada tapi bergantung juga pada design dan material. Selalunya saya takkan pilih yang itu sebab design nye saya tak berapa berkenan dan kainnya pula kebanyakkan jenis lycra. Banyak sangat kedai abaya memang rambang jadinya siapa yang bertuah mesti boleh jumpa kedai abaya yang menawarkan harga yang murah dengan design yang cantik. 




Anakanda Adam pula kalau ke sini satu je yang dia suka, iaitu naik bot ke old Diera. Dengan bayaran AED1 kita boleh menggunakan perkhidmatan bot yang disediakan untuk ke seberang, kanak-kanak pula percuma. Murah kan tambangnya. Sangat-sangat cantik permandangan semasa menaiki bot ke kota lama Diera, tapikan tu kalau pergi musim sejuk la...kalau jalan-jalan musim panas huh berpeluh la.





Bagi yang datang sini dengan niat nak borong fabric memang ini lah tempatnya, di old Diera. Segala jenis fabric ada kat sini. Geram juga saya tengok kain lace yang cantik-cantik teringin juga nak beli tapi bila pikirkan bila masa pula nak memakainya maka hajat nak beli tu saya pendamkan dulu. Jual beli fabric di sini adalah secara pukal dan yang nak beli sikit-sikit tu diaorang akan jual dalam yard (ela) kalau kat Malaysia normally meter kan...so kalau tak silap untuk selai baju kurung kita kena beli dalam 4.5 yard.








Sesiapa yang berhajat nak datang melawat Dubai jangan lupa tau melawat area Diera ni. Bye jumpa lagi dengan cerita yang lain pula.









Monday, February 9, 2015

Abaya oh abaya

Salam....salam ku dari perantauan. semoga sahabat2 semua sihat hendaknya dan sentiasa dilindungi Allah.

ok..hari ni sekali lagi nak tunjuk kat uolss pic abaya yer..i ngan en.hubby memang rajin jalan2 g survey abaya.




















Huh....cantik & gojes2 kan. 

Friday, January 9, 2015

Ferrari World Abu Dhabi - Winter Break




Winter Break is coming!!!......adam cakap 'mama bosan lah, tak der ke nak bawak adam pergi mana2..' hehe so mama pun ckp la kat papa...'jom kita bwk adam pergi Ferrari World'..then papa pun setuju. Thanks so much yer papa sebab bwk kami ke Ferrari World...selalunya on the way ke Mamak kita dapat tengok je la bumbung Ferrari ni then pada 28.12.2014 kami dapat masuk ke dalamnya.

Ok..harga ticket utk dewasa AED250 seorang then ticket utk adam pula AED205. Kami sampai di sini lebih kurang jam 10 pagi sampai la jam 10 malam. huh...tu pun adam tak mau balik...but mama dah kepenatan. Ferrari World ni semua indoor games...so tak kisah lah nak pergi time winter or summer. 









Tuesday, January 6, 2015

Abaya Abu Dhabi

huh....jom cuci mata dengan koleksi abaya abu dhabi yang sangat gojes ni.