Saturday, August 30, 2014

Baklava



Baklava > Arabic Sweets
Manisan berasal daripada timur tengah &Greek yang semakin diminat masyarakat di Malaysia .Resipi Baklava ini adalah resipi antik! sudah ada sejak abad ke 8 lagi… Baklava menjadi hidangan orang kaya-kaya pada zaman dahulu . Kuih ini adalah manisan daripada pelbagai jenis kekacang di lapis dgn dough halus dan sirap manis. Lain negara lain caranya, tapi bahan asasnya adalah Fillo Pastry(macam kulit popia) dan butter manis cair. - sumber dari internet.






Penghijrahan Bermula - Abu Dhabi

Assalammualaikum..selamat petang lama betul saya tidak berblog. ini kerana saya sangat sibuk dengan urusan pindah rumah. setelah en.hubby decide untuk membawa saya dan anakanda kami menetap ke abu dhabi maka rumah kami di pasir gudang akan disewakan. sibuk betul saya dengan urusan perpindahan mana tak nya segala urusan dibuat oleh saya seorang disebabkan en.hubby tidak pulang ke malaysia disebabkan kerja. Alhamdulillah seluruh ahli keluarga memberi pertolongan. terimakasih semua. Segala barang-barang dirumah kami terpaksa kami hantar ke Muar & Kempas.

Pada 23hb Ogos terbanglah kami ke Abu Dhabi dengan penerbangan Etihad jam 3 pagi dari KLIA. Alhamdulillah..kami kini telahpun menjadi sebahagian dari uae residence.

Insyaallah segala suka dan duka sepanjang berada di sini akan saya kongsikan.
Saya mengundur diri dahulu bagi menunaikan solat asar.

Assalammualaikum...salam sayang dari saya di Abu Dhabi.