Alhamdulillah…syukur pada Allah kerana masih bernafas dan
diberi peluang untuk hidup di dunia dan memperbanyakkan amal ibadat untuk
bekalan di akhirat nanti..insyaallah.
Ok…lama dah saya tak update my blog ni..memang tak der
masa..macam bz sangat yer. Tambah lagi tak der cerita yang menarik…dia punya bz
macam anak sepuluh hahahaha. Nak citer tentang adam our beloved son..semakin
lama semakin handsome macam papa..mesti la kena cakap my hubby handsome ok…kalau
tak kena potong elaun bulanan..bodek la tu…. Awal bulan march ari tu mama n
adam g ke sekolah depan umah tujuannya nak daftar adam sekolah untuk tahun
depan, disebabkan papa kat oversea terpaksa la mama n adam jer yang pergi.
So lebih kurang jam 2 petang tarikh 2/3/2014 aku & adam
ke SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT DAHLIA…nampak sangat muka adam ceria & excited
nak ke sekolah…mama lagi excited tau adam nak tgk adam ke sekolah next year. Macam2
adam tanya kat aku…kelas kat mana? Ni bilik apa? Toilet kat mana? Then yang
paling penting lagi adam tanya “mama kat mana kantin? Nanti adam lapar boleh
adam g kantin” hehehe adam..adam makan jer yer…tgk badan tu kang jadi macam
mama pulak berat ajer…huhuhu.
Selesai urusan pendaftaran kami pun pulang menuju ke kereta…masuk
je kereta terasa sebak sangat dan menangis jugak la aku sebab tak sangka adam
dah semakin membesar…alhamdulilllah..adam anak yang baik dan cerdik. Mama doakan
adam berjaya di dunia & akhirat.
No comments:
Post a Comment