Monday, March 31, 2014

Qaseh Shopping Online

Salam.....alhamdulillah bertemu lagi kita. Sihat semua?.....aku pula macam biasa sihat2 sahaja. Cuma start on this month i'm try to control nafsu makan..kira diet la. Almaklumla en. hubby nak balik on 1st of May..next month so nak kena la kuyus skit, walaupun en. hubby tak pernah complain apa2 but as a women we need to berjaga2 ok.

Ok...nak citer ni...untuk menyibukkan diri ni yang tak berapa nak sibuk....aku pun create la one page di FB iaitu Qaseh Shopping Online dengan tag line....Tak perlu letih or penat berjalan untuk shopping ....just online ajer. Kain-kain cotton ni aku tolong jualkan untuk adik kawan aku...saje2 jer...seriously corak2 kain ni memang gojes..color yang sangat superb.

Kalau nak order just like my page Qaseh Shopping Online & comment ok. Insyaallah ada banyak lagi jenis-jenis pakaian wanita di masa akan datang...:)









Thursday, March 27, 2014

Kiriman dan Ole-Ole Dari Bandung

Alhamdulillah....selamat sudah my sis in law pulang dari bandung kalau tak silap on the last monday. Tujuan ke sana katanya bagi menambah ilmu dalam bidang membuat kek. Aku doakan semoga my sis in law success dalam bidang yang diminatinya. Sambil menimba ilmu sambil bershopping lah kan kalau dah sampai ke sana. Maka aku pun mengambil kesempatan mengirim border lace yang tengah 'in' sekarang ni. Katanya kat sana harga lebih murah berbanding sini. Thanks to kak long yang sudi melayan kerenah adik ipar mu ini. So ini lah dia 3 color lace border request by aku, black, silver & white. Senang nak match kalau color2 ni. Kalau akau yang pergi mau rambang mata mama adam ni....

Insyaallah beraya sakan la aku tahun ni dengan baju-baju yang akan dilekatkan border lace. En. Hubby cakap awal bulan Mei ni akan pulang ke Mesia...aku dah plan akan ke Jakel or Euro Moda untuk mencari baju raya...tema color tak plan lagi, en. hubby cerewet skit dalam pemilihan color...tapi yang pasti kami berdua kan berbincang sampai mendapat color yang dipersetujui...aku pun cerewet gak ok....




Border Lace Color Hitam yang di matching kan dengan cadar aku....



Border Lace Color Silver yang di padankan dengan t-shirt adam bewarna merah....mama pinjam jap untuk sesi photoshoot.


Lace Border Color White....kalau dah tambah labuci lagi cantik..


Yang ni pula...souvenir untuk aku...i like it so muchhhh...telekung pink dusty. Thanks yer kak...muahhh.  Kak long memang tau dah warna-warna kegemaran aku...pink & purple.


Key Chain & FM


Haa...yg ni aku suka sangat. Kartika Toast Bagelen Special Butter. Melty in mouth gitu....sedap. So siapa ada ke bandung lagi sure aku kirim. 


Keropok Kulit Sapi or Keropok Kulit Lembu…yang ni special. First time dengar, tengok & makan. Taste ok la boleh telan. 

Sunday, March 23, 2014

Home Made Chocolate

Ok entry kita pada hari ni aku nak citer pasal ‘homemade chocolate’ pulak. Actually homemade chocolate ni sangat comel bagi sourvenir for engagement, wedding, majlis aqiqah & others.

Dari segi bentuk ada berbagai2 jenis mould shape yang boleh kita dapat kat kedai2 menjual bahan-bahan cake..kalau di pasir gudang aku lebih suka ke Bake Well..nak beli apa semua ada, sedia je la duitnya.

Untuk penggunaan color juga kita harus pandai membancuh mengikut color yang kita mahu….untuk perasa pun kita boleh campurkan or beli saja coklat yang sudah ada perasa. Tapi jangan pula letak pewarna keterlaluan, bukannye apa rasa tak bagus pulak kalau menggunakan terlalu banyak bahan pewarna ke dalam makanan.


So…kat bawah ni ada sebahagian ‘homemade coklat’ yang aku buat sendiri…..










Friday, March 21, 2014

MAMA SWEET CANDY


-Gambar dari internet-


Candy Buffet….wow dengar pun dah best kan tapi yang paling suka kanak-kanak la. Zaman aku kecik2 dulu mana ada candy2 buffet ni. Kalau ada sure aku la orang akan setia duduk kat tepi meja tu..hehehehe.

Sebenarnya candy buffet ni dah sangat-sangat famous dah sekarang……biasanya kita boleh nampak menda alah ni kat majlis2 wedding, potong jambul, birthday party, baby shower dan apa2 lagi la majlis…org mesia kan dah kayooo…alhamdulillah. Dari segi saiz pula terpulang mengikut besarnya sesuatu majlis or budget tuan rumah.

Untuk color pulak selalunya mengikut tema majlis..ada yang pink, hijau, biru, kuning, black, white or yang very2 funky rainbow color mcm clown…boleh letak patung clown skali kat atas meja tu, to me the nice color its vintage…for wedding la, its very2 sweet color.

So disebabkan minat la sangat ngan candy buffet ni aku & hubby pun sponsor la candy buffet untuk adik aku nyer majlis kenduri kesyukuran sempena kelahiran puteri nye Anna Safiya…muahhh mommy saying dia. Tema color “pink” gitu..baby gurl la katakana..kalau baby boy buat color pink gelak pulak nanti…hahaha. Kalau ada rezeki aku nanti dapat baby girl aku nak buat color purple pulak…sure cantik. My sis in law pulak sponsor kek red velvet…nyummyyyy…sangat sedap sis in law aku yang buat tau.






So start dari itu aku pun wujudkan la FB Page MAMA SWEET CANDY.....sweet kan..





Wednesday, March 19, 2014

Kiriman Dari Padang Pasir


Kiriman dari papa beberapa keping gambar papa bersama unta padang pasir..wahhh syokkk eh papa g padang pasir tengok unta.




Tengok ler tu...bukan main senyum lagi papa dapat pegang janggut unta...cuba cium tangan tu ada bau apa hehehehe


sesudah penat bermain-main bersama unta now turn nak makan la pulak yer..


**************************************************************

Cer tengok bawah ni pulak...tengok tu muka anak mama..."papa ooo papa adam jealous ok papa g tengok unta tak bawak adam...x per adam ajak atuk nenek g tengok unta kat zoo johor" 





adam nak pegang janggut unta tapi mama tak bagi....mau nyer nak bagi kang kena tendang ngan unda tu x pasal masuk news paper 1st page....tajuk utama "seorang kanak-kanak comel ditendang oleh unta di zoo gara-gara nak tiru aksi papanya"...hahaha


lastly.....cer tgk betul2 unta saper yang comel dan berbau harum......papa ke adam?



**papa nanti ajak la adam g padang pasir gak...adam nak pegang janggut unta..........**

Dah Namanyer Kerja.....




Bermacam Dugaan…setiap orang yang bersabar memang ada aja dugaan…alhamdulilah. Macam sedih jerk kan bunyi nyer…geram pun ada. Biasa la kerja ni ..kalau kerja dengan orang yang pemalas n lembab yang rajin la jadi mangsa. Segala kerja yang tak siap campak je la kat meja aku ni ha….anywy sabo..sabo. Aku ni pulakkan kalau dah itu memang kerja aku…insyaallah akan dibuat dengan penuh tanggungjawab. Jika itu memang tidak aku mampu lakukan akan aku terus terang cakap kat bos….tak der la nak menyusahkan orang ok. Tak der la pulak nak terjerit2 tanya sapa nak buat, dah tau tugas masing2 buat aja…. Kalau nak cakap pasal kerja campur lagi dengan perangai2 rakan2 sekerja memang tak abis2. Aku rasa ler kan kalau semua tahu tugas masing2 insyaallah ok..perhubungan sesame sendiri pun akan aman damai. Apa la aku ni kalau tak suka buka la syarikat sendiri kan..kan.



Cara kerja yang ok:

  • Make sure semua kerja siap sebelum duedate..lagi awal lagi bagus.
  • Make sure semua perfect....sikit-sikit silap ok la..manusia ok..x der yang sempurna.
  • Make sure semua kerja siap sebelum nak mengular2 tu...mengular tetap ada walau sikit itu normal.
  • Make sure job yang bos bagi tu mesti immediately buat walaupun bos kata tak urgent... yang lain tolak tepi dulu.....
  • Setiap arahan yang bos bagi...jangan terus cakap x boleh...x pandai...that is wrong answers ok...need to say "ok..i try".
  • Teamwork itu penting...tapi kalau semua kerja kita tak boleh nak siapkan apa kes...asyik nak campak je kat meja kawan...marah la kawan weiiiii.
  • Cara komunikasi kena tahu....jgn berlagak...humble kena ada...
  • Hormat semua rakan-rakan sekerja....tapi kalau dah orang mmg x hormat kita boleh blah la....aku gitu ajer x payah nak bagi muka sangat.


Monday, March 17, 2014

Sabar Menanti Berita Gembira





Salam…syukur masih lagi diberi kesempatan untuk menulis apa yang terkandung dalam hati ni. Alhamdulillah..dah hampir 5 bulan my hubby kerja di Abu Dhabi dan dalam waktu itu baru diberi peluang pulang ke Malaysia hanya sekali…insyaallah katanya middle of April akan pulang bercuti lagi..walaupun hanya pulang seminggu sudah cukup bermakna buat adam & mama.

Setiap hari…setiap waktu aku berdoa supaya segala urusan suami ku dipermudahkan. Ya Allah permudahkan juga supaya urusan bagi mendapatkan family housing dipercepatkan. Setiap kali solat bersama adam mesti aku pesan jgn lupa yer doa supaya adam & mama dapat cepat tinggal ngan papa. Anywy…adam x excited sangat tak tahu kenapa..mungkin sedih nak tinggalkan atuk & nenek dia kot…dan juga sedih nak tinggalkan kawan2 baik adam.

Alhamdulillah sepanjang ketiadaan hubby aku segala urusan terpaksa aku lalui bersama adam…my bodyguard la kan. Dugaan tetap ada…Allah akan sentiasa menguji setiap hambanya yang bersabar…”jangan bersedih…Allah kan ada”, itu yang selalu my hubby ingatkan

Insyaallah….ada rezeki entah esok, lusa, minggu depan, bulan depan or tahun depan akan dapatlah berita gembira yang aku & adam akan ke Abu Dhabi….miss u papa.


ABU DHABI…..WE WILL COMEEE!!!!!

Sunday, March 16, 2014

Adam Daftar Sekolah

Alhamdulillah…syukur pada Allah kerana masih bernafas dan diberi peluang untuk hidup di dunia dan memperbanyakkan amal ibadat untuk bekalan di akhirat nanti..insyaallah.

Ok…lama dah saya tak update my blog ni..memang tak der masa..macam bz sangat yer. Tambah lagi tak der cerita yang menarik…dia punya bz macam anak sepuluh hahahaha. Nak citer tentang adam our beloved son..semakin lama semakin handsome macam papa..mesti la kena cakap my hubby handsome ok…kalau tak kena potong elaun bulanan..bodek la tu…. Awal bulan march ari tu mama n adam g ke sekolah depan umah tujuannya nak daftar adam sekolah untuk tahun depan, disebabkan papa kat oversea terpaksa la mama n adam jer yang pergi.

So lebih kurang jam 2 petang tarikh 2/3/2014 aku & adam ke SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT DAHLIA…nampak sangat muka adam ceria & excited nak ke sekolah…mama lagi excited tau adam nak tgk adam ke sekolah next year. Macam2 adam tanya kat aku…kelas kat mana? Ni bilik apa? Toilet kat mana? Then yang paling penting lagi adam tanya “mama kat mana kantin? Nanti adam lapar boleh adam g kantin” hehehe adam..adam makan jer yer…tgk badan tu kang jadi macam mama pulak berat ajer…huhuhu.


Selesai urusan pendaftaran kami pun pulang menuju ke kereta…masuk je kereta terasa sebak sangat dan menangis jugak la aku sebab tak sangka adam dah semakin membesar…alhamdulilllah..adam anak yang baik dan cerdik. Mama doakan adam berjaya di dunia & akhirat.